Tip Design Kabinet Dapur

Tip design kabinet dapur-kelantan

Ada pelbagai jenis diambil kira untuk mereka bentuk dapur antaranya adalah:

1.Kabinet atas

  • biasanya tinggi kabinet atas 700-800mm standard tinggi
  • untuk tinggi rapat ke syiling biasa dalam 4-5kaki tinggi
  • kedalaman kabinet atas 300mm @1kaki

2.Kabinet Bawah

  • tinggi untuk table top 800mm@ 34inci
  • kedalaman permukaan table top 600mm@2kaki
  • ada pelbagai pilihan table top seperti
  1. konkrit-dibuat dari simen konkirt dan mozek
  2. granite-dibuat dari batu granite semulajadi
  3. quartz stone-batu buatan sendiri
  4. high pressure top-dibuat dari board

3.Hood 

  • saiz lebar hood(penyedut asap) biasanya 900mm @ 3kaki
  • ada dua jenis hood yg digunakan
  1. slim hood
  2. chimney hood
  • untuk slim hood pemasagan sangat mudah hanya plug n play
  • untuk chimney hood memerlukan menebuk dindin @ syiling untuk salur asap keluar

4.Aksesori

  • ada beberapa bahagian dapur dipasang aksesori 
  • aksesori rak pingggan,rak botol dipasang di bahagian bawah
  • aksesori rak pinggan atas dipasang di kabinet atas
  • aksesori tall ladder dipasang di bahagian tall unit

    Info Material di Pergau Kitchen

    Terdapat beberapa jenis bahan yang digunakan untuk menghasilkan sesebuah rekabentuk kabinet. Sebelum menghasilkan sesebuah rangka kabinet, beberapa komponen haaruslah dihasilkan mengikut kehendak pelanggan.

    Tip Memilih Material Kabinet Dapur

    Nadia Zolkifli
    October 4, 2016

    Kabinet dapur antara item yang membantu menaikkan nilai penjualan sesebuah unit kediaman. Kabinet dapur dipilih berasaskan material, reka bentuk, ruang penyimpanan dan kos. Bagi memudahkan pencarian material dan reka bentuk kabinet dapur, GLAM Deko menyenaraikan jenis bahan diikuti kebaikan dan keburukkan utuk kabinet siap dipasang.

     

    solid-wood

     

     

    1. Kayu Padu (Solid Wood)

    Tampil lebih kukuh dan tegap, kabinet jenis ini sesuai dibina menggunakan kayu nyatuh. Kabinet turut disokong kayu venir dan papan lapis. Daun pintu boleh dibina menggunakan kayu padu atau venir.

     

    Kebaikkan –

    Material kayu menawarkan pelbagai reka bentuk dan warna. anda boleh memilih warna cat atau mahu mengekalkan kemasan kayu asli dengan kesan garisan ira. Material jenis ini hadir dalam reka bentuk siap atau separa siap. Selain, kelihatan kukuh, kayu kekal berzaman lamanya tanpa kelihatan outdated. Malah, kesan calar yang bakal wujud juga mudah dibaiki. Jika bosan, hanya tukar warna cat kabinet.

     

    Keburukan

    Kelembapan menyebakan pintu kayu mudah meleding (kembang). Gunakan air suam bersama air sabun untuk mencuci kotoran. Wax kayu membantu menyamarkan kesan calar.

     

    9c4a3441ef08c044cd294f7743ab2528

     

    2. Campuran Kayu Terpakai

    Kabinet dibina daripada campuran jenis kayu terpakai dan bahan kitar semula. Kebanyakkannya, menggunakan buluh, hampas pelbagai jenis kayu nipis, wheatboard dan juga sisa kulit buangan daripada pengeluar kasut.

     

    Kebaikkan –

    Kabinet kayu terpakai bersifat mesra alam, sekaligus mengurankan kesan karbon di kediaman.

     

    Keburukkan –

    Mahal.

     

    gray-color-kitchen-cabinets

     

    3. Laminate

    Venir terdiri daripada lapisan kertas dan resin plastik yang diikat pada papan lapis atau partikel papan. Laminate sukar dibentuk, jadi kebanyakkan reka bentuk pintu direka rata dan licin. Laminate cukup popular sebagai bahan kabinet dapur di negara kita kerana variasi warna dan jenis kemasan tekstur; matte atau berkilat.

     

    Kebaikkan –

    Harga berpatutan dan tahan lama. Laminate tidak mudah rosak dan kotor.

     

    Keburukkan –

    Kesan calar, serpih tidak boleh disembunyikan atau dibaik pulih. Kesan cap jari juga mudah melekat di sekitar permukaan kabinet.

     

    e5890a265538df5d988e2a152b938c8a

    4. Thermofoil

    Diperbuat melalui teknik pemanasan vinil, thermofoil mengandungi serat kayu yang dimampatkan (MDF). Kabinet jenis thermofoil menawarkan pelbagai jenis reka bentuk.

     

    Kebaikkan –

    Harga berpatutan dan variasi reka bentuk dan warna kabinet.

     

    Keburukkan –

    Kabinet jenis thermofoil sukar dibaik pulih jika ada kerosakkan. Lapisan thermofoil juga boleh terpisah apabila terdeah pada haba. Tidak sesuai digunakan untuk ruang ketuhar, ketuhar gelombang mikro. Melainkan, dengan meletakkan plat tahan haba.

     

    awesome-grey-white-stainless-wood-luxury-design-stainless-steel-kitchen-island-white-wall-paint-stainless-top-faucets-wall-oven-stove-at-kitchen-with

     

    5. Metal

    Metal yang digunakan adalah jenis tahan karat (stainless steel), legap dan tahan calar. Secara peribadi, saya pilih bahan jenis ini kerana mudah diselenggara, tidak mudah ditelan zaman, serta kelihatan cukup kukuh dan tentunya stailish! Sesuai bagi yang mahukan ruang dapur berkonsep industrial.

     

    Kebaikkan –

    Anda boleh memilih mahukan kemasan metal jenis legap atau berkilat. Legap kelihatan lebih elegan dan mewah. Sukar untuk mengesan cap jari, tahan lasak (bagus untuk mereka yang gemar memasak), serta tahan haba dan lembapan.

     

    Keburukkan –

    Kos yang mahal. Mudah calar.

    Kabinet Dapur Termurah di Kelantan

    xxxx

    “ Rekabentuk dapur yang menarik merupakan permulaan hari yang baik untuk keluarga bahagia. ” -Mohd Aris

    Kebahagian sesebuah institusi kekeluargaan bermula dari rumah. Kecerian dan hiasan di rumah amat penting bagi memastikan setiap ahli keluarga menikmati masa yang berkualiti di rumah dengan hasil sentuhan hiasan rekaan kabinet dari Pergau Kitchen.
    xxxx
    (CEO PergauKitchen)

    Our Design

    Rekabentuk kabinet Pergau Kitchen berkonsepkan rekaan moden kontemporari yang mana dapat mencuri perhatian sesiapa sahaja yang melihatnya

     

    Bagi memuaskan hati para pelanggan, Pergau Kitchen menawarkan pelbagai jenis material. Di bawah merupakan contoh-contoh material yang Pergau Kitchen hasilkan. 

    Melamine

    3G Arcylic

    3G Glass

    Selain daripada material di atas, terapat beberapa lagi material lain seperti 4g dan juga Frame Glass. Sila Klik Gallery untuk lihat material yang lain.

    Rak tv

    Kami juga menawarkan khidmat kabinet TV yang bersesuaian dengan tema dan kehendak pelanggan.

    Apa kata pelanggan kami?

    ” Amat-amat berpuas hati ” – Puan Roslizawati – 

    Our Stunning Collection

    Pelbagai lagi design yang telah kami hasilkan. Klik dibawah untuk memasuki ruang Gallery kami.